Blog ni sesaje update utk syok sendiri oleh owner. From left, Manuel Lanzini, Andre Schuerrle, Sami Zayn, Finn Balor and Marco Reus.

Followers.

30 August 2013

Hari Kemerdekaan yang ke-56

Salam Bloggers,

31 Ogos adalah hari yang paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Disebalik tarikh ini, terdapat pelbagai cerita dan sejarahnya dimana Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah mengishtiharkan kemerdekaan pada masa itu. Tepat jam 12 tengah malam (pagi), bebaslah kita daripada penjajahan Inggris yang telah lama menduduki negara ini untuk mendapatkan hasil bumi kita semata-mata.

Kita sebagai rakyat sepatutnya berasa gembira apatah lagi bersemangat dalam menyambut kemerdekaan. Rakyatnya tidak semestinya dalam Malaysia sahaja, bagi yang lahir di sini tetapi bermastautin di luar adalah lebih digalakkan. Tidak salah untuk mengibarkan bendera di negara orang tetapi dengan syarat kenalah beradab. Tunjukkan kepada mereka bahawa kita walaupun menetap di luar, perasaan kasih dan sayang terhadap negara amatlah dirasai. Lebih-lebih lagi disaat menyambut kemerdekaan.

Kemerdekaan juga mengisahkan pengorbanan dan jasa-jasa wira negara di zaman dahulunya seperti Leftenan Adnan (penentang Jepun), Sharif Masahor (penentang British), Dol Said (penentang British), Dato Maharaja Lela (penentang British), Rentap (penentang British) dan seterusnya. Juga dengan wira-wira Lahad Datu dan Semporna, Inspektor Zulkifli, Koperal Sabarudin, Supritendan Ibrahim Lebar, ASP Michael, Sarjan Aziz, Koperal Azrul, Sarjan Baharin, Koperal Salam dan Prebet Ahmad Hurairah (OPS Daulat, musuh ialah Abgimuddin Kiram dan sekutunya). Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negara. Tanpa mereka, sekumpulan musuh itu pasti membunuh ramai penduduk yang menetap di Sabah. 

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menghayati dan menjiwai semangat patriotisme. Semoga dengan ini, negara kita akan terus aman berkekalan. Insya'Allah.


Tema untuk kemerdekaan pada tahun ini adalah Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku.

Sebelum saya akhiri artikel ini, saya ingin mengongsikan lirik lagu baru bagi tema tahun ini untuk anda. :).


Tajuk : Tanah Tumpah Darah Ku
Pencipta : Joe Farizal & Aye
Lirik : Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi : Ahmad Zakaria


Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira… menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku







Video lagu ada diatas. Sekian.




0 talk here:

Post a Comment